PENGARAH
Click to see original Image in a new window
Dr. Azimah binti A.Aziz
Hrmis
JUMLAH PELAWAT

Login
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
WAKTU SOLAT
Home / Latarbelakang

Latarbelakang

 

bp2

 

EVOLUSI  HOSPITAL SULTANAH NORA ISMAIL, BATU PAHAT

1894-1994

Sejarah Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat bermula dengan pembinaan Rumah Sakit Batu Pahat di Simpang Rantai pada tahun 1894. Kemudiannya hospital ini telah dipindahkan ke tapak baru di Jalan Kluang pada tahun 1914 dan beroperasi sehingga tahun 1994. Perpindahan ke lokasi baru Ini bagi menampung keperluan masyarakat setempat yang semakin meningkat. Pembinaan hospital di Jalan Kluang ini telah dilaksanakan di atas lot tanah seluas 44.3 hektar melalui MTA (Mid Term Agreement-RML) dengan melibatkan kos sebanyak RM 90.47 juta dibawah peruntukan Rancangan Malaysia Keenam.

Upacara pecah tanah telah dilakukan pada 14 Ogos 1990 oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu YAB Tun Ghafar Baba. Pembinaan hospital ini dimulakan pada tahun 1991 dengan berkonsepkan nukleus yang merupakan sebuah  Projek Turnkey. Pembinaan yang dilaksanakan oleh Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay/John Laing International Limited ini telah siap sepenuhnya pada bulan Ogos 1994. Perpindahan perkhidmatan dari bangunan lama hospital di Jalan Kluang ke bangunan sedia ada telah dilakukan pada 12 November 1994.

1994-2012

Perkembangan pesat daerah Batu Pahat dan penduduk yang kian meningkat memerlukan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan meluas. Sehubungan itu, Hospital Batu Pahat telah mengorak langkah menaik taraf perkhidmatan yang diberikan dengan perancangan tambahan bangunan baru untuk memastikan matlamat menawarkan perkhidmatan terbaik dapat dilaksanakan.